BUKU
PERATURAN PELAJAR
مدرسة تحفيظ بيت المحبة
MAAHAD TAHFIZ
BAITUL MAHABBAH
( MTBM )
JALAN SG. JAI 27/15 TAMAN BUNGA NEGARA
SEKSYEN 27, 40400 SHSH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
(PERATURAN INI
DIPINDA PADA OKTOBER 2013)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :
Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :
Pendidikan
Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
.
FALSAFAH PENDIDIKAN
MADRASAH TAHFIZ BAITUL MAHABBAH
PROSES PENDIDIKAN YANG BERPAKSIKAN KEPADA
AQIDAH KETAUHIDAN KEPADA ALLAH SWT BERSUMBERKAN AL-QURAN & AS-UNNAH MELAHIRKAN INSAN AL-QURAN BERILMU, BERIMAN,
BERAMAL, BERDA’WAH, BERAKHLAK MULIA, BERKETERAMPILAN DAN ISTOQAMAH.
VISI
Menjadi pusat menghafaz al-Quran dan Ilmuan al-Quran yang berdaya saing
diperingkat global
Pada tahun 2030.
MISI
Melahirkan huffaz yang komited
dengan ilmu-ilmu al-Quran, berakhlak mulia, da’ie yang berdaya saing
diperingkat global.
WAKTU PERSEKOLAHAN
a. Pelajar mesti bangun pagi dari tidur pada jam
0500 pagi melakukan persediaan sabaq/solat tahajjud .
b. Pelajar mesti menghadiri kuliah pada waktu
yang dijadualkan oleh Guru.Pelajar yang sakit dikecualikan menghadiri kuliah
dengan mengemukakan sijil sakit doktor dan berihat di bilik sakit
madrasah. (Sila lihat Lampiran 1 untuk Jadual Harian
Pelajar).
c. Pelajar mesti melakukan solat fardhu secara
berjemaah.
d. Pelajar mesti makan di dewan makan pada jam
0830 pagi, 1330 tengahari, 1800 petang dan 2300 malam. Jadual waktu makan di bulan Ramadhan adalah
pada waktu berbuka puasa dan sahur sahaja.
e. Pelajar mesti tidur malam pada jam 2230
malam, mesti tutup lampu, tutup mulut dan tutup mata.
f. Pelajar mesti mengikut Jadual Cuti
Rasmi. (Sila lihat Lampiran 3 untuk
Takwim Cuti Rasmi Pelajar MTBM).
g.
Pelajar tidak dibenarkan bercuti waktu persekolahan. Cuti Ehsan kebenaran Pengetua / Mudir terlebih dahulu.
PAKAIAN PELAJAR
a. Pelajar diwajibkan memakai jubah
yang telah ditetapkan oleh pihak
Maahad ( tidak terlalu ketat, tidak terlalu singkat, tidak terlalu
labuh, tidak terlalu besar &
berlencana)
b. Memakai kasut atau sandal
yang bersih dan kemas
c. Memakai
kopiah yang telah ditetapkan oleh
Madrasah .
Nota: Pakaian riadhah
adalah T-Shirt dan traksuit
Pelajar mesti sentiasa menutup
aurat dengan pakaian yang bersih dan kemas.
Pelajar dilarang memakai pakaian yang ada gambar atau tulisan lucah,
keganasan atau kebudayaan Rock atau berbentuk kepartian. (Sila lihat Lampiran 4 untuk Jenis Pemakaian
dan keperluan peribadi pelajar).
ASRAMA
a. Pelajar mesti mengemas
katil, melipat selimut, mengemas cadar, dan mengatur bantal sejurus bangun dari
tidur pagi.
b. Pelajar mesti menyimpan buku buku dan
pakaian pada tempatnya.
c. Pelajar dilarang menggantung pakaian dan
tuala mandi yang basah, kotor dan busuk di dalam bilik tidur.
d. Pelajar dilarang menggantung gambar atau
penulisan lucah, lambang kepartian, keganasan atau kebudayaan Rock didalam
bilik tidur.
e. Pelajar mesti menyapu bersih bilik tidur
pada tiap-tiap hari.
f. Pelajar mesti mengutip sampah disekeliling
kawasan luar bilik tidur pada tiap tiap hari.
Sampah mesti dibuang di tempat pembakaran sampah yang telah ditetapkan
sahaja.
g.
Pelajar mesti sentiasa memakai selipar atau kasut apabila berjalan
didalam kawasan MTBM. Selipar dan kasut mesti di susun
di depan bilik tidur/asrama.
TANDAS/BILIK AIR/BILIK BASUH
Pelajar dilarang meninggalkan
pakaian, tuala, baldi, berus, ubat gigi, syampu, sabun atau barang persendirian
yang lain di dalam bilik air. Barang-barang
persendirian yang ditinggalkan di dalam bilik air akan dirampas dan dibuangkan
di tempat pembuangan sampah.Pelajar mesti membersih bilik air mengikut giliran.
*pakaian mandi mesti digantung/disidai
di ampaian luar bilik air.
DEWAN
KULIAH
a. Pelajar mesti menyusun
semua meja, kursi, kitab dan peralatan dewan kuliah sejurus selepas balajar.
b. Pelajar yang menconteng
atau merosakkan meja, kerusi dan peralatan dewan kuliah akan bertanggungjawab
menggantikannya.
c. Pelajar mesti membersih
dewan kuliah mengikut giliran.
d. Mengemaskan kerusi dan
meja guru setiap hari tanpa diarah.
DEWAN
MAKAN
a. Semua pelajar hendaklah
makan secara berjemaah pada setiap masa makan yang di tetapkan bersama guru
b. Setiap pelajar hendaklah makan
secara berkumpulan mengikut
kumpulan yang telah ditentukan.
c. Pelajar mesti membasuh dulang, pinggan, mangkuk, gelas, periuk, sudu,
garpu dan semua peralatan dapur dan disusun kemas selepas waktu
makan/digunakan.
d. Pelajar dilarang memakan bersendirian
atau berkumpulan di bilik tidur, dewan kuliah atau surau. Ibubapa/Penjaga yang melawat anak/jagaan
mesti makan di masjid atau di taman berhampiran sahaja.
e.
Pelajar dilarang berebut rebut atau membuat bising di dewan makan.
f.
Pelajar mesti menyapu bersih lantai, meja dan dapur dewan makan tiap-
tiap hari sejurus selepas makan mengikut giliran.
MASJID
a. Pelajar mesti
menyusun kemas semua meja mengaji, kitab, al-Quran dan sejadah sejurus selepas
pengajian dan solat.
b.
Pelajar mesti menjaga adab-adab dan kebersihan masjid setiap masa.
c.
Menggunakan peralatan/barangan masjid dengan izin pegawai dan AJK
terlebih dahulu.
d. Pelajar mesti menjaga keselamatan harta
benda masjid.
e. Pelajar mesti menghormati semua jemaah
masjid.
DI TEMPAT AWAM
a. Pelajar mesti
sentiasa mengutip dan membuang sampah sekiranya ternampak sampah di tempat
umum.
b.
Pelajar mesti menjemur pakaian basah diampaian yang telah disediakan
sahaja. Pelajar dilarang menjemur
pakaian di atas pagar.
c.
Pelajar mesti selalu mempastikan tong sampah ditutup.
d.
Pelajar mesti menjaga kebersihan tempat umum mengikut giliran.
PERGAULAN
a. Pelajar digalakkan bercampur gaul dengan rakan pelajar
dengan semangat setiakawan dan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.
b. Pelajar digalakkan bercampur gaul dengan
semua ahli masyarakat di dalam kawasan MTBM dan semua ahli dan kakitangan MTBM
dengan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.
c. Pelajar mesti menghormati dan melaksanakan
semua perintah Ketua Bilik, Ketua Pelajar, Guru, Warden dan Pegawai MTBM.
d.
Pelajar dilarang keras menggunakan perkataan kasar atau lucah yang boleh
memalukan, menghina, menyakiti hati atau mengecilkan hati rakan pelajar, ketua
bilik, ketua pelajar, guru, warden, pegawai atau ahli masyarakat MTBM.
e. Pelajar dilarang keras bergurau senda
menggunakan kaki, tangan, batu, kayu, besi atau senjata merbahaya yang boleh
mendatangkan kecederaan kepada pelajar sendiri atau rakan pelajar.
f. Pelajar dilarang mendera sama sekali rakan
pelajar yang lain.
g. Pelajar dilarang menubuhkan kumpulan atau
geng sesama rakan pelajar dan masyarakat luar.
h. Pelajar dilarang menjalankan perniagaan
didalam kawasan MTBM.
i. Pelajar
yang melakukan kes jenayah didalam kawasan MTBM seperti mencuri, menipu,
membuli, bergaduh, memukul dan mencedera orang, merosakkan harta MTBM, meliwat
rakan pelajar atau kes-kes jenayah yang lain akan dilaporkan segera kepada
ibubapa/penjaga pelajar dan dirujuk segera kepada pihak Polis.
j. Pelajar yang
menyaksikan rakan pelajar yang melakukan kes jenayah seperti tersebut diatas(i)
mesti melaporkan dengan segera kepada ketua bilik, ketua pelajar, guru,
warden MTBM
DALAM KELAS
PENGAJIAN
a. Pelajar mesti
menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan mematuhi semua perintah guru.
b. Pelajar dilarang mengganggu rakan pelajar di
dewan kuliah.
c. Pelajar dilarang membuat bising di dewan
kuliah.
d. Pelajar dilarang baring, tidur, makan atau
minum di dewan kuliah.
e. Masuk kelas lebih awal daripada guru/ustaz.
DALAM MASJID
a.
Pelajar mesti melakukan solat didalam suasana aman damai
b. Pelajar dilarang mengganggu jemaah masjid
dan rakan pelajar semasa solat.
c. Pelajar dilarang baring, tidur, makan atau
minum didalam masjid.
d. Pelajar dilarang memasuki bilik azan, PA
sistem dan bahagian muslimat.
e. Pelajar dilarang menggunakan/bermain
dengan peralatan masjid spseti pembesar suara, suis lampu,kipas, air-cond,
mimbar masjid dan meja kuliah.
DI LUAR KAWASAN MTBM
a. Pelajar
mesti berkelakuan baik dan menjaga keselamatan diri semasa diluar kawasan MTBM.
b. Pelajar
boleh keluar kawasan MTBM selepas diizinkan oleh warden, guru atau pegawai
MTAM. Borang permohonan keluar sementara MTBM mesti
diisi oleh pelajar dahulu.
c. Pelajar
yang keluar sementara kawasan MTBM mesti balik ke MTBM sebelum waktu yang
dijanjikan pulang.
d. Pelajar
yang lambat baik ke MTAM tidak akan dipertimbangkan permohonan beliau akan
datang.
e. Pelajar tidak dibenarkan memasuki Pertubuhan
atau Persatuan diluar kawasan MTBM semasa menuntut di MTBM.
f. Pelajar
tidak dibenarkan bekerja atau berniaga sementara diluar kawasan MTBM semasa
menuntut di MTBM.
h. Pelajar
yang melakukan kes jenayah semasa diluar kawasan MTBM akan dilaporkan kepada
ibubapa/penjaga dan pelajar berkenaan menghadapi tindakan polis dan mahkamah
sendirian dan pelajar berkenaan tidak boleh mendakwa pihak MTBM.
i. Pelajar yang keluar kawasan MTBM tanpa
kebenaran telah melakukan kesalahan yang Besar dan tindakan yang keras akan
diambil.
PERKARA KESELAMATAN
a. Pelajar
dilarang memiliki senjata tajam yang boleh mencederakan diri rakan pelajar atau
orang lain.
b. Pelajar
dilarang memiliki rokok, minuman keras, dadah atau bahan yang boleh memabukkan
dan mengkhayalkan atau yang seumpamanya.
c. Pelajar dilarang memiliki lilin, mancis,
pemetik api, atau bahan mudah bakar.
d. Pelajar
dilarang memiliki wang tunai melebihi RM 50 pada tiap-tiap satu ketika. Wang lebihan mesti diamanahkan kepada Tuan
Warden atau Guru yang ditentukan oleh MTBM .
e. Pelajar dilarang memiliki pakaian, kasut, jam
tangan yang mahal atau alat kamera, permainan video, radio, televisyen,
handphone, daun terup atau barang yang boleh dianggap bernilai.
f. Pelajar dilarang memiliki kenderaan basikal,
motosikal, kereta, van atau jenis kenderaan yang lain (walaupun pelajar ada lesen memandu)
DALAM BILIK TIDUR
a. Pelajar
dilarang memasak atau merebus air didalam bilik tidur.
b. Pelajar dilarang memiliki alat memasak atau
alat pemanas air di dalam bilik tidur.
c. Pelajar dilarang membaikpulih plug atau
pemetik switch yang rosak.
d. Pelajar dilarang membakar lilin atau pelita.
.
CONTOH
KESALAHAN RINGAN
a. Lambat menepati waktu seperti yang ditetapkan
dalam Disiplin Jadual Waktu Pelajar.
b. Melakukan salah satu kesalahan berkenaan Disiplin
Kebersihan.
c. Baring, tidur, makan atau minum dalam masjid
atau kuliah.
d. Tidak memakai selipar atau kasut semasa
berjalan di dalam kawasan MTBM.
e. Menjalankan perniagaan didalam kawasan MTBM.
f. Memiliki barang peribadi yang diambil kira
sebagai barang mahal.
g. Memakai
pakaian yang ada gambar atau tulisan lucah, parti politik, keganasan atau
kebudayaan Rock.
h. Menggantung
gambar atau penulisan lucah, lambang parti politik, keganasan atau kebudayaan
Rock di dinding bilik tidur atau tempat umum.
i. Menjemur pakaian di atas pagar.
j. Meninggalkan barang peribadi di bilik air.
k. Memiliki
radio, televisyen, kamera, handphone, permainan video, semua jenis kenderaan
dan wang melebihi RM 50.00
HUKUMAN KESALAHAN RINGAN
Bagi
semua jenis kesalahan yang ditakrifkan sebagai kesalahan ringan, pesalah akan
didenda melakukan kerja pembersihan bilik air, dewan makan, dewan kuliah,
masjid dan kawasan umum selama 02 hari berturut turut dan barang barang pesalah
akan dirampas dan dibuang atau wang lebih dari RM 50 akan dirampas dan di
sedekah kepada MTBM.
Nota: Hukuman bagi semua jenis kesalah ringan boleh dilaksanakan oleh
ketua guru dan tuan warden sahaja.
CONTOH KESALAHAN SEDERHANA
a. Lambat balik ke MTBM.
b. Mengguna
perkataan kasar, menghina atau lucah.
c. Memiliki
mancis, pemetik api, alat memasak, alat pemanas air, lilin, pelita, bahan mudah
bakar atau senjata merbahaya.
d. Membawa masuk rakan
dari luar atau ibubapa/penjaga kedalam bilik tidur pelajar.
e. Membuat bising atau
mengganggu rakan pelajar atau guru didalam dewan kuliah, dewan makan atau di
masjid.
HUKUMAN
KESALAHAN SEDERHANA
Bagi kesemua
jenis kesalahan sederhana, pesalah akan didenda melakukan kerja pembersihan
bilik air, dewan kuliah, dewan makan, masjid dan tempat umum selama 05 hari
berturut-turut dan barang barang yang diharamkan di dalam kesalahan sederhana
akan dirampas dan dibuang, botakkan kepala, rotan dan kesalahan sederhana
pelajar akan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga pelajar oleh pengetua.
Nota: Hukuman bagi kesalahan sederhana boleh dilaksanakan oleh guru, tuan warden atau pegawai MTBM sahaja.
CONTOH KESALAHAN BESAR
a. Mengingkari perintah guru, tuan
warden dan pegawai MTBM.
b. Mengancam guru, tuan warden dan pegawai MTBM.
c. Mendera rakan pelajar atau guru.
d. Bergaduh dengan menggunakan senjata
merbahaya.
e. Ponteng kuliah.
f. Keluar kawasan MTBM tanpa izin.
g. Melakukan salahlaku seks dan sex luar tabii
(meliwat).
h. Berjudi atau Memiliki daun terup, minum arak atau yang
seumpamanya.
i. Mempengaruhi rakan supaya melanggar peraturan MTBM
j. Menghasut rakan untuk melakukan kejahatan.
k. Bersubahat dengan guru atau rakan yang melanggar
peraturan MTBM.
HUKUMAN KESALAHAN BESAR
Bagi
kesalahan besar jenis” a” hingga ”k” melainkan ”d & k”, pesalah akan
didenda melakukan kerja pembersihan 7 hari berturut-turut dan digantung outing
2 minggu berturut-turut, botakkan kepala, rotan dan disingkirkan sekiranya
rayuan pesalah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
Bagi
kesalahan ” d & g” disingkirkan dari MTBM tanpa bicara dalam masa 24 jam
jika sabit kesalahan.
PERHATIAN
Nota 1: Hukuman bagi kesalahan besar boleh
dilaksanakan oleh tuan warden atau Pengetua sahaja.
Nota 2: Tuan Warden atau Pengetua akan
memberitahu ibubapa/penjaga pesalah dan bagi kesalahan kes jenayah akan
dilaporkan kepada Polis.
Nota 3: Kesalahan besar pelajar akan
dimasukkan kedalam rekod pelajar.
Nota 4: Pelajar berhak merayu kepada Lembaga
Pengampunan selewatnya 03 hari selepas disabitkan kesalahan besar. Sekiranya pesalah gagal berbuat demikian,
pesalah telah dianggap tersingkir dari MTBM.
Nota 5: Hukuman rotan
akan dikenakan berpandukan kesalahan dan peraturan dalam buku Peraturan Asrama
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nota 6: Beberapa
kesalahan dan bentuk hukuman berdasarkan buku Peraturan Asrama Kementerian
Pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment